Alexander Graham Bell
Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.[3]Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."[6]

Alexander Graham Bell

Pekerjaan Pencipta, Saintis
Ibu bapa Alexander Melville Bell
Eliza Grace Symonds Bell
Pasangan Mabel Hubbard
(kahwin 1877-1922)
Anak (4) Dua anak lelaki mati ketika bayi, dua anak perempuan
Terkenal kerana Mencipta telefon
Meninggal dunia 2 Ogos 1922(1922-08-02) (umur 75)
Beinn Bhreagh, Nova Scotia, Kanada
Pendidikan Universiti Edinburgh
Universiti Toronto
Saudara Gardiner Greene Hubbard (bapa mertua)
Gilbert Hovey Grosvenor (menantu lelaki)
Melville Bell Grosvenor (cucu lelaki)
Sebab kematian Pernicious anemia
Kelahiran 3 Mac 1847
Edinburgh, Scotland.